Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Empat lelaki yang dalam perjalanan menuruni Bukit Botak, Jalan Sepanggar, di sini, menempuh detik sukar apabila sesat atas bukit berkenaan, lewat petang.

Bagaimanapun, tindakan pantas seorang daripadanya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan semua mereka.

Semua mangsa masing-mangsa berusia 23 tahun dikatakan mendaki bukit Botak, kira-kira 5 petang, Sabtu.

Bagaimanapun, mereka sesat sebaik hendak menuruni bukit berkenaan akibat keadaan gelap dan hujan lebat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Kamarudin Sabana, berkata pihaknya menerima pangilan kecemasan, padad 8.15 malam.

Katanya, mangsa yang memaklumkan mereka tersesat dan seorang daripada rakannya mengalami sesak nafas.

"Satu jentera dan EMRS bersama lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. Selepas 45 minit usaha mencari dan menyelamat dijalankan, semua mangsa akhirnya ditemui kira-kira 1.2 kilometer dari puncak bukit berkenaan," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Menurutnya, seorang daripada mangsa diberi bantuan oksigen kira-kira 15 minit dan sebaik pulih semua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 11:42 PM