Ular sawa batik seberat 120 kilogram  ditangkap di Kampung Bukit, kelmarin.
Ular sawa batik seberat 120 kilogram ditangkap di Kampung Bukit, kelmarin.

Padang Terap: Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Padang Terap berdepan cabaran menangkap ular sawa seberat 120 kilogram yang bertindak agresif termasuk cuba membelit mereka, kelmarin.

Berikutan itu, anggota JPAM mengambil masa 30 minit memerangkap reptilia itu yang ditemui di kawasan sawah berhampiran rumah penduduk di Kampung Bukit, Kuala Nerang dekat sini.

Ular sawa batik sepanjang tujuh meter ditemui penduduk berlingkar di kawasan sawah berkenaan.

Ketua Skuad JPAM Padang Terap Mohd Ghazali Hasbullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa itu pada jam 6.28 petang.

Menurutnya, anggotanya cuba menangkap reptilia itu dengan peralatan khas seperti penjerut, namun ia bertindak agresif dan cuba membelit anggotanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 7:04 AM