Ular sawa sepanjang tiga meter yang ditangkap anggota JPAM Padang Terap pagi tadi. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI
Ular sawa sepanjang tiga meter yang ditangkap anggota JPAM Padang Terap pagi tadi. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI
Zuliaty Zulkiffli


Padang Terap: Seekor ular sawa batik yang kekenyangan selepas menelan lima ayam milik seorang penduduk, berjaya ditangkap di Kampung Lubuk Labi di sini, hari ini.

Ular sawa seberat 17 kilogram, sepanjang tiga meter itu ditangkap pada 10.44 pagi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Padang Terap.

Ketua Operasi JPAM Padang Terap Mohd Khairi Che Kamil berkata, dia bersama dua anggota mengambil masa lapan minit untuk menangkap ular sawa itu menggunakan penjerut.

Katanya, ular itu tidak agresif kerana kekenyangan selepas makan lima ayam milik penduduk sejak semalam.

"Ular itu dibawa ke pejabat JPAM sebelum dilepaskan ke dalam hutan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 6:05 PM