Sebahagian warga Filipina dan Indonesia yang didakwa di tiga Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini. FOTO Farizul Hafiz Awang
Sebahagian warga Filipina dan Indonesia yang didakwa di tiga Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini. FOTO Farizul Hafiz Awang
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Kuantan: Seramai 28 warga Filipina berbangsa Suluk dan dua warga Indonesia didakwa menggunakan kad pengenalan palsu di tiga Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Semua tertuduh yang berusia 18 hingga 55 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rini Triany Mohamed Ali, Noor Aisah Mohamed dan Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Mereka dihukum penjara tiga hingga lima bulan dan diusir dari Malaysia selepas selesai menjalani hukuman masing-masing.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1.10 pagi di Kampung Balok dan Sungai Karang, dekat sini, pada 21 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fazdhly Abd Razak, Mohd Ashgar Mohd Hussain dan Mokhzan Ariff.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 1:43 PM