Anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik yang baru-baru ini kurang sihat, bernasib baik kerana masih dapat menyertai rakannya yang lain mengadakan konsert istimewa di Orlando pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, Malik tidak sempat menghadiri majlis pelancaran album terbaru mereka, Four yang diadakan di Universal Orlando Resort pagi Isnin. Peminat serta media yang hadir tertanya-tanya punca Malik tidak bersama mereka.

Matt Lauer mengakui dia tidak tahu rakannya kurang sihat manakala dua rakan lain, Liam Payne dan Louis Tomlinson ada alasan mereka. Payne mengatakan rakannya mengalami masalah kembung perut manakala Tomlinson mengatakan dia ada masalah sembelit menyebabkan perut kembung dan membu­atkan dia tidak selesa sepanjang hari.

"Saya tahu dia akan marah jika mengetahui saya mendedahkan perkara ini, tapi ini antara projek kami yang paling besar dan kami bekerja keras menghasilkan album ini.

"Saya pasti Malik akan sentiasa sihat selepas ini. Banyak perancangan yang harus kami laksanakan," kata Tomlinson.

Mengenai persembahan Royal Variety UK, mereka mengakui sangat gugup kerana dikeliling penyanyi terkenal. Namun, mereka gembira mendapat penghormatan itu dan dapat membuat persembahan di depan Putera William dan Kate Middleton.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:00 AM