WAN Junaidi melihat alat Self Contained Breathing Apparatus sambil diberi penerangan oleh Pengurus Projek Kejuruteraan Asas Jaya Sdn Bhd, Che Muhd Syahir Che Yusof (kiri). FOTO Roslin Mat Tahir
WAN Junaidi melihat alat Self Contained Breathing Apparatus sambil diberi penerangan oleh Pengurus Projek Kejuruteraan Asas Jaya Sdn Bhd, Che Muhd Syahir Che Yusof (kiri). FOTO Roslin Mat Tahir
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Shah Alam: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan meminda Akta Alam Sekitar 1974 bagi membolehkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendakwa pihak yang didapati melakukan jenayah alam sekitar.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, setakat ini JAS mempunyai kuasa yang terhad untuk proses pendakwaan.

Mengambil contoh isu bauksit di Pahang, Wan Junaidi berkata, JAS hanya menyediakan data berdasarkan sampel pencemaran sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya tetapi tidak memiliki kuasa untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab.

"JAS mempunyai kekangan untuk mendakwa dan ia dilihat menyukarkan tindakan undang-undang untuk diambil kepada pihak yang melakukan pencemaran.

"Akta Alam Sekitar 1974 dilihat sudah terlalu lama kerana ada beberapa perkara yang dilihat tidak sesuai untuk digunakan lagi buat masa ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Kebangsaan Mengenai Pengurusan Pencemaran Marin, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 1:28 PM