GAMBAR hiasan menunjukkan anggota  Pasukan Pengawal Presiden membuat latihan formasi perlindungan ketika ancaman.
GAMBAR hiasan menunjukkan anggota Pasukan Pengawal Presiden membuat latihan formasi perlindungan ketika ancaman.

Jakarta: Sejak berkuasa, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) berikrar menghapuskan gejala dadah yang berleluasa di negara itu.

Bagaimanapun, sikap tegas Jokowi itu sikit pun tidak memberi kesan apabila seorang anggota Pasukan Pengawal Presiden itu sendiri ditangkap kerana membawa dadah.

Anggota itu ditangkap ketika menaiki penerbangan ke Jakarta di lapangan terbang Kualamamu di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Pegawai lapangan terbang, Wisnu Budi Setianto berkata, pengawal itu ditahan ketika pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki penerbangan.

“Ketika pemeriksaan kami menemui setengah pil ekstasi dan dadah jenis syabu seberat 0.35 gram,” katanya.

Menurutnya, anggota itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jokowi sebelum ini mempertahankan tindakan tegas terhadap gejala dadah di negara itu termasuk hukuman mati ke atas pengedar dadah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 10:44 AM