AFP

Liverpool, England: Arsene Wenger berkata, Arsenal bakal berdepan tugas getir dalam usaha merangkul kejuaraan Liga Perdana musim ini apabila dijadualkan bertemu Liverpool, esok.

Skuad kendalian Wenger itu melangkah ke Anfield dengan kelebihan dua mata di persada liga selain menang lima berbanding enam perlawanan terakhir mereka di peringkat liga.

Kemenangan di pusingan ketiga Piala FA ke atas Sunderland menjarakkan lagi rekod kemenangan dan Wenger sedar kejayaan demi kejayaan yang diperoleh mengukuhkan lagi keyakinan mereka untuk mengharungi babak kedua musim.

Pengurus Gunners itu bagaimanapun sedar pertemuan menentang Liverpool membawa makna cukup besar dan pernah dibuktikan ketika bertemu di Merseyside musim lalu dengan pasukan tuan rumah mencuri satu mata hasil penyamaan Martin Skrtel pada minit terakhir permainan.

“Perlawanan yang kami menang selama ini memberikan keyakinan. Keyakinan sangat penting di peringkat ini,” kata Wenger.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 7:22 AM