AHMAD Zahid Hamidi mendengar penerangan daripada pegawai mengenai kawalan paras air Sungai Sarawak di Baraj Kuching. FOTO Nadim Bokhari
AHMAD Zahid Hamidi mendengar penerangan daripada pegawai mengenai kawalan paras air Sungai Sarawak di Baraj Kuching. FOTO Nadim Bokhari
Oleh Shamran Sarahan


Kuching: Kerajaan bercadang untuk mengaplikasikan penggunaan sistem pengawalan pasang surut sungai atau baraj di Sungai Sarawak, Kuching ke negeri yang berisiko banjir di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran akan bertanggungjawab meneliti perkara itu dan apabila kajian terperinci sudah dilakukan, ia akan dibentangkan di kabinet.

"Pembinaan baraj memerlukan kos yang tinggi, namun ia terbukti berkesan mengawal limpahan air sungai ketika musim hujan, selain mengimbangi paras air sungai ketika air pasang.

"Pengalaman penggunaan baraj yang dipraktikkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bagi menangani masalah banjir di negeri ini akan kita cuba aplikasikan di Pahang, Kelantan dan Terengganu," katanya ketika sidang media selepas menghadiri Taklimat Bencana Banjir di Wisma Bapa di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 1:26 PM