NAJIB dan Adenan pada majlis pemimpin bersama rakyat dalam rangka lawatan tiga hari ke Sarawak. FOTO Bernama
NAJIB dan Adenan pada majlis pemimpin bersama rakyat dalam rangka lawatan tiga hari ke Sarawak. FOTO Bernama
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Dua lagu yang didendangkan Ketua Menteri Sarawak, Tan SriAdenan Satem meraih sumbangan RM1 juta dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Eastwood Valley Golf & Country Club di sini, hari ini.

Lagu ‘Can't Help Falling in Love’ (Elvis Presley) dan ‘The Young Ones and Travelling Light’ (Cliff Richard) yang didendangkan beliau mendapat tepukan gemuruh oleh semua yang hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumbangan itu akan digunakan untuk tujuan kebajikan di Sarawak.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 11:01 PM