BUDAK mangsa banjir melakukan aktiviti mewarna yang di anjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Krai, semalam. FOTO Fathil Asri
BUDAK mangsa banjir melakukan aktiviti mewarna yang di anjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Krai, semalam. FOTO Fathil Asri
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kuala Krai menurun kepada 39 mangsa daripada 11 keluarga yang dipindahkan berbanding 54 mangsa (15 keluarga), semalam.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Krai, Zulbahri Ibrahim berkata, sehingga 8 pagi tadi, 15 mangsa membabitkan tiga keluarga pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, mereka dibenarkan pulang kerana air semakin surut dan tiada hujan dicatatkan.

"Mangsa banjir yang lain juga dijangka akan pulang hari ini.

“Namun, kita masih memantau keadaan dan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Madrasah Kampung Mesek, Manek Urai dan Dewan Pejabat Veterinar di Guchil tetap akan dibuka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 11:10 AM