TUN Ahmad Sarji (kiri) dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) menunjukkan dividen ASN. FOTO Bernama
TUN Ahmad Sarji (kiri) dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) menunjukkan dividen ASN. FOTO Bernama
Oleh Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.10 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) membabitkan pembayaran berjumlah RM106.72 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran agihan pendapatan itu akan memberi manfaat kepada 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.75 bilion unit ASN.

"Sehingga 23 Disember lalu, ASN memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM126.27 juta di mana pengiraan agihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada hari terakhir tahun kewangan 31 Disember ini," katanya pada pengumuman ASN di sini, hari ini.

Pembayaran agihan pendapatan ASN ini akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai aset bersih pada 31 Disember 2015.

Pengemaskinian buku pelaburan ASN boleh dilakukan di pejabat-pejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 4 Januari 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 1:00 PM