AHMAD Sarji (kiri) mengumumkan pengagihan pendapatan ASN 3 di Menara PNB. FOTO Nabil Basaruddin
AHMAD Sarji (kiri) mengumumkan pengagihan pendapatan ASN 3 di Menara PNB. FOTO Nabil Basaruddin
Oleh Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang dimiliki penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2015.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata, agihan pendapatan ini kekal sama dengan kadar yang diagihkan pada tahun lalu.

"Walau bagaimanapun, pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM67.28 juta iaitu 31.3 peratus lebih tinggi daripada jumlah yang telah dibayar sebanyak RM51.24 juta pada tahun lalu.

"Pembayaran agihan pendapatan berkenaan akan dimanfaatkan oleh 37,121 pemegang unit yang melanggan 1.085 bilion unit ASN 3," katanya dalam sesi pengumuman pengagihan pendapatan ASN 3 di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Sarji, sehingga 20 November 2015, tabung ASN 3 telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM60.06 juta dan daripada jumlah tersebut, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM21.22 juta atau 35.3 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 11:36 AM