DARI kanan, Hodak, Alberts dan Kim Swee.
DARI kanan, Hodak, Alberts dan Kim Swee.
Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Reputasi jurulatih bertaraf dunia nampaknya bukan pilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebaliknya mereka lebih cenderung memilih pengendali memiliki pengalaman luas dengan bola sepak Malaysia bagi membimbing skuad Harimau Malaya.

Daripada 84 calon yang memohon untuk mengisi tempat ditinggalkan Dollah Salleh pada 4 September lalu, tiga calon akhir disenarai pendek adalah jurulatih yang cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Menurut sumber rapat badan induk bola sepak tanah air itu, Jawatankuasa Bertindak Khas yang dibentuk FAM untuk melantik jurulatih baru bakal memanggil tiga calon iaitu pengendali sementara Datuk Ong Kim Swee, bekas jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Bojan Hodak dan bekas jurulatih Sarawak serta Pengarah Teknikal FAM Robert Alberts bagi sesi temu duga dalam tempoh terdekat ini.

“Saya difahamkan mereka sudah menilai kesemua calon yang menghantar permohonan bagi jawatan jurulatih Harimau Malaya. Tiga calon yang menjadi pilihan itu ialah Kim Swee, Bojan (Hodak) dan (Robert) Alberts.

“Jika melihat kepada kemampuan ketiga-tiga jurulatih ini, mereka tidak banyak beza kerana sudah lama dalam kancah bola sepak tanah air bersama pasukan negeri dan kelab.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 7:09 AM