SERAMAI 1 ,500 sukarelawan yang menyertai program Volunteer Malaysia 2015 peringkat Negeri Perak di sekitar Taiping, baru-baru ini.
SERAMAI 1 ,500 sukarelawan yang menyertai program Volunteer Malaysia 2015 peringkat Negeri Perak di sekitar Taiping, baru-baru ini.

Seramai 1,500 pelajar daripada 13 Kolej Komuniti Wilayah Perak (KKWP) menjadi sukarelawan dengan menyertai program Volunteer Malaysia 2015 Peringkat Negeri Perak di sekitar Taiping, baru-baru ini.

Program anjuran KKWP dengan kerjasama iM4U dan pelbagai agensi itu antara acara tahunan sejak 2014 dalam usaha menterjemahkan semangat kemasyarakatan berbilang kaum.

Pengerusi KKWP Zulkifli Kamaruddin berkata, program itu mampu memberi kaedah pembelajaran kepada pelajar kolej komuniti terutama menyemai sikap rasa tanggungjawab terhadap komuniti.

Menurutnya, dedikasi dan semangat ditunjukkan pelajar Kolej Komuniti Wilayah Perak yang berganding bahu menjayakan program menjadi landasan buat mereka mendekati masyarakat.

“Secara tidak langsung, ia menjadi program ‘tambah nilai’ kepada mereka untuk menjalankan tanggungjawab sosial kepada golongan memerlukan.

“Pendedahan awal mampu memberi impak berbeza terhadap pengukuhan jati diri sekali gus boleh diaplikasikan sebaik menamatkan pengajian,” katanya.

Program seminggu itu dibahagikan kepada empat projek khas yang disusun iM4U.

Antaranya Projek Public Art Movement (Pergerakan Seni Masyarakat) apabila sukarelawan berusaha mengindahkan kawasan awam seperti tempat rekreasi termasuk membersihkan, mengecat dan aktiviti melukis mural.

Projek Green Team (PGT) pula membantu komuniti setempat dengan membersihkan semak-samun, sampah-sarap dan kitar semula bahan terbuang bagi menceriakan kawasan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 11:02 AM