sukarelawan mengecat dinding Surau Darul Fadilah yang pernah dijadikan pusat pemindahan banjir.
sukarelawan mengecat dinding Surau Darul Fadilah yang pernah dijadikan pusat pemindahan banjir.

Petra Jaya: Briged Sukarelawan Media Prima-The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuching, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak bersama penduduk setempat bergotong-royong membersihkan serta mengecat Surau Darul Fadilah, Kampung Gita Laut, semalam.

Program yang bermula jam 9 pagi itu membabitkan 40 sukarelawan membabitkan masing-masing 10 ahli briged Sukarelawan Media Prima-NSTP, sukarelawan JKM, anggota bomba dan penduduk setempat.

Dalam aktiviti itu, sukarelawan membantu membersihkan, mengecat dan menukar tikar surau yang sudah rosak.

Surau ini dijadikan pusat pemindahan banjir untuk 90 mangsa membabitkan 23 keluarga yang terjejas akibat bencana terbabit di sekitar kawasan ini, sebelum ini.

Tabung Bencana NSTP-Media Prima menyumbang cat, peralatan mengecat, tikar getah dan beberapa keperluan lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 6:23 AM