Rumah panjang di Kampung Krusen Siu musnah dalam kebakaran hari ini. FOTO IHSAN JBPM
Rumah panjang di Kampung Krusen Siu musnah dalam kebakaran hari ini. FOTO IHSAN JBPM
Mohd Roji Kawi


Kuching: Seramai 43 penghuni rumah panjang di Kampung Krusen Siu, di Jalan Tebakang, Serian, hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kebakaran itu memusnahkan lapan unit kediaman di rumah panjang dua tingkat berstruktur tidak kekal itu.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari dan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian diarah le lokasi kejadian.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.25 tengah hari mendapati api sedang marak di rumah panjang berkenaan.

"Tiada kecederaan dilaporkan kerana semua penghuni iaitu 17 lelaki, 13 wanita, seorang kanak-kanak lelaki, 11 kanak-kanak perempuan dan seorang wanita OKU sempat menyelamatkan diri sebelum kebakaran memusnahkan kediaman mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 7:46 PM