Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Aidiladha.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan haiwan ternakan untuk ibadah korban itu akan diagihkan kepada semua kakitangan asnaf Istana Negara.

"Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat wakil korban bagi sembelihan 10 ekor lembu yang dikurniakan di Istana Negara hari ini (18 Jun)," menurut hantaran itu.

Menurut hantaran berkenaan, pelaksanaan penyembelihan akan diadakan esok, manakala majlis agihan daging korban berlangsung di Istana Negara, Khamis ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 4:21 PM