Petugas mengagihkan daging korban kepada jemaah masjid dan orang ramai selepas solat Zuhur sempena sambutan Aidiladha ketika tinjauan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Sebanyak 1,000 bungkus daging korban diagihkan kepada jemaah masjid serta orang ramai. FOTO Bernama

Jemaah masjid beratur bagi mendapatkan daging korban selepas menunaikan solat Zuhur sempena sambutan Aidiladha ketika tinjauan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Sebanyak 1,000 bungkus daging korban diagihkan kepada jemaah masjid serta orang ramai. FOTO Bernama

Penduduk bergotong-royong menumbangkan seekor lembu untuk ibadah korban sempena sambutan Aidiladha ketika tinjauan di Kampung Pantai Pandak, Kuala Terengganu. Sebanyak 20 ekor lembu dikorbankan pada majlis itu. FOTO Bernama

Umat Islam melihat pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha di Masjid Negeri Pulau Pinang, Georgetown. FOTO Bernama
Umat Islam melihat pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha di Masjid Negeri Pulau Pinang, Georgetown. FOTO Bernama
Ahli jemaah bertungkus lumus menumbangkan lembu sado baka Charolais seberat 1.2 tan bernama 'Gemuk' untuk dikorbankan sempena Aidiladha pada Majlis Perlaksanaan Korban Ikhlas 2022 di Masjid Al-Ikhlasiah, Kuala Lumpur. FOTO Bernama

Sukarelawan cuba menumbangkan lembu bagi menyempurnakan ibadah korban sempena Aidiladha di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. FOTO Bernama
Sukarelawan cuba menumbangkan lembu bagi menyempurnakan ibadah korban sempena Aidiladha di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. FOTO Bernama
Sukarelawan bergotong-royong menumbangkan seekor lembu untuk ibadah korban sempena sambutan Aidiladha di pekarangan Surau Annuriah Taman Meru, Ipoh. Sepuluh lembu dikorbankan dan empat kambing diakikahkan pada majlis itu. FOTO Bernama

Sebuah keluarga dilihat merakam gambar kenangan selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah. FOTO Bernama
Sebuah keluarga dilihat merakam gambar kenangan selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah. FOTO Bernama
Umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Ustaz Nor Azamir Alias ketika tinjauan Bernama di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. FOTO Bernama
Umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Ustaz Nor Azamir Alias ketika tinjauan Bernama di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. FOTO Bernama
Suasana solat sunat Aidiladha yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dipenuhi dengan jemaah dan saf dirapatkan selaras dengan peralihan negara ke dalam fasa endemik. FOTO Bernama

BERNAMA

Kuala Lumpur: Selepas dua tahun umat Islam di negara ini 'berkorban' menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana selain aktiviti ibadah korban dihadkan susulan pandemik Covid-19, tahun ini ibadah itu kembali disambut dengan penuh rasa syukur dan meriah.

Masjid dan surau di seluruh negara menjadi tumpuan umat Islam sama ada warga tempatan atau warga asing untuk menunaikan solat sunat Aidiladha selain menyertai ibadah korban.

Walaupun prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sudah dilonggarkan dengan tidak mewajibkan jemaah menjarakkan saf, namun orang ramai masih mengamalkan kawalan kendiri dengan memakai pelitup muka.

Ibadah korban yang dilaksanakan selepas selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijah dan hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah sebelum berakhir waktu Asar melibatkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Di ibu kota, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan di sini yang diimamkan Penolong Pengarah Kanan masjid itu Dr Khalid Isa, sementara khutbah bertajuk "Berkorban Untuk Kejayaan" disampaikan Imam Besar masjid Rozimi Zamri.

Di Putrajaya, lebih 3,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, diimamkan Iman Besar masjid Ustaz Nor Azamir Alias, selain tujuh ekor lembu dan seekor kambing disembelih untuk diagihkan selepas pukul 11.30 pagi.

Di Negeri Sembilan, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz berkenan berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Kuala Pilah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Di Melaka, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 4,000 jemaah di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, manakala di Kelantan pula, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Muhammadi di Kota Bharu.

Di Terengganu, umat Islam menyambut Aidiladha dengan penuh kemeriahan dan solat sunat hari raya bermula pada 8 pagi, manakala ibadah korban pula bermula seawal 9 pagi di masjid, surau, kawasan lapang, rumah sembelihan swasta dan perkarangan rumah persendirian.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu Dr Anun Man berkata sebanyak 6,383 kebenaran sembelih dan 5,509 permit pindah haiwan dikeluarkan pada Aidiladha kali ini.

Di Pahang, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Suasana masjid dan surau di Johor, Selangor, Perak, Perlis dan Pulau Pinang juga meriah dengan kehadiran orang ramai serta pemimpin utama negeri masing-masing bersama-sama menunaikan solat sunat Aidiladha serta menyertai acara ibadah korban.

Di Masjid Jamek Hashim Yahaya, Georgetown, (Pulau Pinang), sebanyak 19 ekor lembu termasuk seekor lembu 'sado' seberat lebih satu tan dan 30 ekor kambing akan dikorbankan hari ini.

Sementara di Kedah walaupun Aidiladha disambut meriah, umat Islam di negeri itu diingatkan agar menjiwai semangat pengorbanan untuk bersusah payah bersama-sama dalam meringankan beban golongan memerlukan, susulan banjir melanda Baling yang menjejaskan 1,490 penduduk selain meragut tiga nyawa.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam perutusan raya mengajak umat Islam menjiwai semangat pengorbanan dengan bersama-sama dalam meringankan beban golongan yang memerlukan.

Sementara itu, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) aliran trafik di beberapa lebuh raya dan plaza tol utama juga lancar dan terkawal pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 4:13 PM