GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Tiga lagi individu ditahan bagi selepas disyaki bertindak sebagai 'orang dalam' dan bersubahat dengan sindiket bagi mengeluarkan wang tunai daripada beberapa akaun simpanan berjumlah RM24.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan mereka menjadikan lapan orang sudah ditahan untuk siasatan kes itu.

Menurutnya, kesemua individu itu termasuk kakitangan bank ditahan di Perlis dan Sabah sejak tangkapan pertama pada 13 Jun lalu sehingga semalam.

"Kesemua mereka ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kakitangan sebuah bank ditahan selepas disyaki bertindak sebagai 'orang dalam' bagi mengeluarkan wang tunai bernilai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Ramli dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan pada awal Jun memaklumkan berlaku pengeluaran yang mencurigakan.

Menurutnya, laporan dibuat mangsa dan kakitangan bank terbabit di Petaling Jaya, Selangor mendakwa berlaku pengeluaran secara tunai di Kota Kinabalu, Sabah membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 4:16 PM