ANGGOTA bomba membuka pintu kediaman mangsa. FOTO IHsan Bomba
ANGGOTA bomba membuka pintu kediaman mangsa. FOTO IHsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya yang berkunci di sebuah flat di Kota Damansara, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.01 petang tadi.

"Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloi dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan untuk membuka pintu rumah didiami warga emas berkenaan berusia 70 tahun yang berkunci," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa beberapa minit bagi membuka pintu rumah berkenaan menggunakan peralatan khas.

"Pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat mayat lelaki berkenaan yang ditemui di bahagian ruang tamu.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 7:46 PM