ANGGOTA bomba membuka pagar besi rumah mangsa menggunakan peralatan khas. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba membuka pagar besi rumah mangsa menggunakan peralatan khas. FOTO Ihsan Bomba.
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Mayat seorang wanita ditemui oleh pasukan bomba selepas membuka pintu sebuah rumah yang terkunci di Taman Likas Jaya, di sini, hari ini.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui dalam keadaan tertiarap di bawah katil bilik tidur rumah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada hospital memohon bantuan untuk membuka pintu pagar terkunci dan dilaporkan terdapat mayat wanita di dalam rumah berkenaan, pada 4.24 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama jentera digerakkan ke lokasi berkenaan.

"Sebaik tiba di lokasi itu, pasukan bomba membuka pintu pagar menggunakan peralatan khas.

"Mayat dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi tamat pada 4.45 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2023 @ 8:44 PM