SEKUMPULAN individu memasak mi segera di sebuah stesen minyak. Foto Tangkap Layar video tular
SEKUMPULAN individu memasak mi segera di sebuah stesen minyak. Foto Tangkap Layar video tular
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Tindakan sekumpulan individu dipercayai ahli kelab kereta berkumpul sambil memasak mi segera di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Highlands menerima kecaman ramai.

Kejadian itu menjadi perbualan warganet selepas video berdurasi 56 saat memaparkan mereka memasak mi segera menggunakan dapur secara terbuka.

Kumpulan itu turut dirakam menjamu selera sebelum sebuah kereta peronda polis (MPV) dilihat hadir ke lokasi berkenaan.

"Dekat stesen minyak nak hisap rokok pun tak boleh, dia siap masak. Tanda amaran larangan merokok, mati enjin kereta ada di situ tapi budak-budak ini bawak api masak terus dekat situ.

"Memang cari nahas betul, kalau meletup habis semua. Dia tak tahu ke mana-mana stesen minyak itu mudah terbakar?" itu antara komen warganet di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2024 @ 4:09 PM