Sebahagian barangan dan bungkusan plastik lutsinar, setiap satu bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin jumlah keseluruhan anggaran berat 21,037,.10 gram dianggarkan bernilai RM262,275.00. FOTO L MANIMARAN
Sebahagian barangan dan bungkusan plastik lutsinar, setiap satu bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin jumlah keseluruhan anggaran berat 21,037,.10 gram dianggarkan bernilai RM262,275.00. FOTO L MANIMARAN
Muhamad Lokman Khairi


Ipoh: Dua sekawan ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 21 kilogram (kg) di dalam sebuah kereta di Jalan Medan Simpang, di Taiping, Jumaat lalu.

Nelayan berusia 41 tahun dan pembantu kedai makan berusia 47 tahun ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 11.15 malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil pemeriksaan di dalam kereta menemukan guni putih berisi 46 bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah heroin seberat 21.037 kg dianggarkan bernilai RM262,275.

"Berdasarkan siasatan, aktiviti pengedaran dadah oleh suspek ini dipercayai mula aktif sejak Februari lalu.

"Dadah yang dirampas disyaki untuk edaran di pasaran tempatan di Perak yang dianggarkan boleh digunakan 20,000 penagih dadah," katanya pada sidang media di IPK Perak, di sini, hari ini.

Menurutnya, saringan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis morfin selain mempunyai rekod jenayah membabitkan kes dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama enam hari hingga 9 Mei bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2024 @ 11:44 AM