Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Polis menahan lelaki berusia 38 tahun dan merampas 1.4 kilogram heroin di Simpang, Taiping, dekat sini, Selasa lalu.

Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, di tepi jalan jam 11 malam.

Ketua JSJN Perak Asisten Komisioner V R Ravi Chandran berkata, nilai dadah yang dirampas daripada suspek dianggarkan berjumlah RM35,100.

"Semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dadah.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif syabu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dia direman selama tujuh hari bermula semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 11:53 AM