PENERBANGAN Air Asia dari KLIA Terminal 2. FOTO Bernama
PENERBANGAN Air Asia dari KLIA Terminal 2. FOTO Bernama
BERNAMA

Putrajaya: Ketika hampir kesemua penerbangan terjejas berikutan letusan Gunung Ruang, Indonesia, penerbangan tambang murah AirAsia mengoperasikan semula beberapa penerbangan yang dijadualkan berlepas dan tiba di Sabah dan Sarawak hari ini.

AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan 19 penerbangan yang operasikan semula antaranya melibatkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu.

Berikut senarai penerbangan yang dioperasikan semula:
AK5242 (KUL-BTU)
AK5243 (BTU-KUL)
AK5218 (KUL-KCH)
AK5219 (KCH-KUL)
AK5874 (KUL-SBW)
AK5875 (SBW-KUL)
AK5234 (KUL-KCH)
AK5211 (KCH-KUL)
AK5037 (JHB-SBW)
AK5038 (SBW-JHB)
AK5229 (KCH-KUL)
AK5228 (KUL-KCH)
AK6460 (KCH-SBW)
AK6461 (SBW-KCH)
AK5507 (KCH-KBR)
AK5508 (KBR-KCH)
AK1776 (SIN-KCH)
AK6057 (BTU-KCH)
AK5232 (KUL-KCH)

Kenyataan itu memaklumkan AirAsia telah memaklumkan kesemua penumpang yang terlibat dan mereka yang mengembara ke atau dari kawasan terjejas digalakkan untuk menyemak e-mel berdaftar dan nombor telefon mereka untuk notifikasi pembatalan.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bo Lingam berkata penumpang boleh meminda penerbangan mereka, dengan membuat perubahan sekali sahaja kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu untuk laluan yang sama, dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal, tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

"Mereka juga boleh mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun keahlian AirAsia Rewards untuk perjalanan akan datang dengan AirAsia, yang perlu ditebus dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pengeluarannya.

"AirAsia akan terus memantau keadaan letusan Gunung Ruang dan akan memberikan maklumat tambahan mengenai perkembangan terkini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2024 @ 7:21 PM