LETUSAN Gunung Ruang dirakam pada 17 April 2024. FOTO AFP/Center for Volcanology and Geological Hazard Mitigation/PVMBG
LETUSAN Gunung Ruang dirakam pada 17 April 2024. FOTO AFP/Center for Volcanology and Geological Hazard Mitigation/PVMBG
Hana Naz Harun

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan yang dijadual berlepas dari atau ke Sabah dan Sarawak dengan Kuala Lumpur susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.

Malaysia Airlines membatalkan 19 penerbangan, hari ini, manalaka AirAsia membatalkan 16 penerbangan.

Malaysia Airlines, dalam satu kenyataan di X berkata, syarikat itu sedang berusaha untuk menyediakan penerbangan alternatif bagi penumpang terjejas sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

"Penumpang digesa mengemas kini butiran hubungan mereka melalui 'My Booking' di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini terkini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.

"Keselamatan penumpang dan anak kapal kami kekal kepentingan utama kepada Malaysia Airlines," katanya.

Sementara itu, AirAsia berkata ia membenarkan penumpang membuat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan.

Ia juga membenarkan penumpang terjejas untuk mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam bentuk kredit bagi perjalanan masa depan dengan syarikat penerbangan itu, untuk ditebus dalam tempoh dua tahun dari tarikh pengeluaran.

"Tetamu yang ingin membuat perubahan tempahan dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau aplikasi AirAsia Move.

Gunung Ruang di Provinsi Sulawesi Utara meletus beberapa kali pada Selasa dan Rabu.

Senarai penerbangan Malaysia Airlines yang terjejas:
• MH7420 (KUL-TWU)
• MH7421 (TWU-KUL)
• MH2612 (KUL-BKI)
• MH2621 (BKI-KUL)
• MH2710 (KUL-SDK)
• MH2711 (SDK-KUL)
• MH2610 (KUL-BKI)
• MH2611 (BKI-KUL)
• MH7404 (KUL-BKI)
• MH7405 (BKI-KUL)
• MH2613 (BKI-KUL)
• MH2520 (KUL-KCH)
• MH2513 (KCH-KUL)
• MH2542 (KUL-KCH)
• MH2543 (KCH-KUL)
• MH2574 (KUL-MYY)
• MH2575 (MYY-KUL)
• MH2742 (KUL-BTU)
• MH2473 (BTU-KUL)

Senarai penerbangan AirAsia yang terjejas:
• AK5746 (KUL-TWU)
• AK5747 (TWU-KUL)
• AK9746 (KUL-TWU)
• AK9747 (TWU-KUL)
• AK5748 (KUL-TWU)
• AK5749 (TWU-KUL)
• AK5744 (KUL-TWU)
• AK5745 (TWU-KUL)
• AK6260 (BKI-TWU)
• AK6261 (TWU-BKI)
• AK6266 (BKI-TWU)
• AK6267 (TWU-BKI)
• AK6268 (BKI-TWU)
• AK6269 (TWU-BKI)
• AK6264 (BKI-TWU)
• AK6265 (TWU-BKI)

Ratusan penumpang terkandas di LTAK

Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2024 @ 11:10 AM