LELAKI warga emas yang maut dipercayai digilis sebuah treler di Jalan Gangsa, Mergong. FOTO ihsan BOMBA
LELAKI warga emas yang maut dipercayai digilis sebuah treler di Jalan Gangsa, Mergong. FOTO ihsan BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya sebelum digilis treler pada kejadian di Jalan Gangsa, Mergong, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian, jam 10.04 pagi.

"Kemalangan membabitkan sebuah Honda EX5 dengan treler yang mana mangsa yang berusia 73 tahun meninggal dunia dipercayai digilis di kepala serta badan malah jasadnya tersepit di bahagian tayar hadapan.

"Kami dapat mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas," katanya dihubungi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2024 @ 1:40 PM