MUHAMAD Zaki. FOTO Arkib BERNAMA
MUHAMAD Zaki. FOTO Arkib BERNAMA
Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan bagi memastikan suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, tidak bolos ke Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk berbuat demikian.

"Tindakan diambil kerana dibimbangi suspek kes tembakan itu melalui Kelantan untuk ke Thailand.

"Di sempadan, kita ada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjaga sempadan dan pada masa sama saya mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk menjalankan risikan supaya dapat mengesan lebih awal pergerakan suspek," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, seorang suspek lelaki melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya, namun satu das terkena pada pengawal peribadi wanita berkenaan.

Ketika kejadian, wanita berusia 38 tahun itu bersama dua pengawal peribadi sedang menunggu jemaah umrah di bawah kendalian agensi miliknya dan suami (suspek) yang mendarat di KLIA 1.

Pistol digunakan suspek disyaki jenis separuh automatik kaliber 9 milimeter (mm) dan diperoleh dari negeri jiran.

TERKINI: Hafizul dah ditahan polis

Kereta digunakan suspek kes tembak bukan didaftar atas namanya

Imigresen perketat pintu sempadan, mungkin Hafizul guna pasport palsu

Polis nafi Hafizul berada di Makkah

Polis kumpul maklumat daripada ahli keluarga, kenalan Hafizul

'Saya percaya Hafizul akan ditangkap dalam masa terdekat' - KPN

'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

[TERKINI] Suspek miliki pistol secara haram

Kes tembak KLIA: Peguam nasihat tak keluar kenyataan - Farah Cie

Polis pantau sempadan elak suspek kes tembak di KLIA lolos

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Suspek miliki 3 rekod jenayah lampau

'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 11:48 AM