ANGGOTA polis membuat rondaan susulan kes tembakan yang berlaku di KLIA Terminal 1. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ANGGOTA polis membuat rondaan susulan kes tembakan yang berlaku di KLIA Terminal 1. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Samadi Ahmad


Sepang: Kejadian melepaskan tembakan ke arah seorang wanita sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam dilakukan oleh seorang suspek tanpa melibatkan individu lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis menolak dakwaan kejadian itu melibatkan pihak lain seperti tular di media sosial.

Menurutnya, polis sudah mendapatkan pengesahan melalui keterangan saksi yang mengesahkan identiti suspek dan juga melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

Suspek yang melepaskan tembakan di KLIA itu adalah suami mangsa, Hafizul Hawari, 38, dan siasatan mendapati beliau bergerak secara solo, katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini polis sudah mengambil 11 keterangan saksi termasuk mangsa yang ditembak, pengawal keselamatan KLIA, polis dan dua doktor di KLIA dan Hospital Cyberjaya.

Katanya, polis akan memanggil beberapa saksi lain seperti pekerja premisperniagaan berdekatan kejadian, ahli keluarga dan beberpaa individu lain yang boleh membantu siasatan.

"Keadaan mangsa yang terkena tembakan masih stabil danmenerima beberapa rawatan lain serta berharap semua pihak mendoakan agar beliau segera sembuh," katanya.

Hafizul dah ditahan

Kereta digunakan suspek kes tembak bukan didaftar atas namanya

Imigresen perketat pintu sempadan, mungkin Hafizul guna pasport palsu

Polis nafi Hafizul berada di Makkah

Polis kumpul maklumat daripada ahli keluarga, kenalan Hafizul

'Saya percaya Hafizul akan ditangkap dalam masa terdekat' - KPN

'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

[TERKINI] Suspek miliki pistol secara haram

Kes tembak KLIA: Peguam nasihat tak keluar kenyataan - Farah Cie

Polis pantau sempadan elak suspek kes tembak di KLIA lolos

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Suspek miliki 3 rekod jenayah lampau

'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 5:19 PM