PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukkan gambar suspek dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ketika sidang media, semalam. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib. FOTO Bernama
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukkan gambar suspek dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ketika sidang media, semalam. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib. FOTO Bernama
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis dalam tindakan memperoleh maklumat daripada ahli keluarga dan kenalan Hafizul Harawi,38, yang disyaki terbabit kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, maklumat itu adalah penting bagi mengesan kedudukan dan keberadaan Hafizul.

Menurutnya, setakat ini, usaha mengesan lelaki berkenaan masih giat dilakukan termasuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang berkemungkinan suspek tuju untuk bersembunyi.

"Kita akan kumpul maklumat yang diperlukan bagi mengesan keberadaannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan mengatakan keberadaan Hafizul di Mekah ketika hari kejadian, Razarudin menafikan perkara itu.

"Suspek sudah pun dikenal pasti oleh saksi utama di lokasi kejadian dan pihak polis berusaha kesan dia," katanya.

Razarudin berkata, kawalan di sempadan negara termasuk di lorong-lorong tikus turut diperketatkan bagi memastikan Hafizul tidak meloloskan diri ke negara jiran.

"Kita (polis) juga sudah mengedarkan foto suspek di semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran," katanya.

Dalam kejadian 1.20 pagi itu, suspekĀ  melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi.

TERKINI: Hafizul dah ditahan polis

Kereta digunakan suspek kes tembak bukan didaftar atas namanya

Imigresen perketat pintu sempadan, mungkin Hafizul guna pasport palsu

Polis nafi Hafizul berada di Makkah

'Saya percaya Hafizul akan ditangkap dalam masa terdekat' - KPN

'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

[TERKINI] Suspek miliki pistol secara haram

Kes tembak KLIA: Peguam nasihat tak keluar kenyataan - Farah Cie

Polis pantau sempadan elak suspek kes tembak di KLIA lolos

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Suspek miliki 3 rekod jenayah lampau

'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 12:05 PM