HAFIZUL Hawari diburu polis. FOTO BERNAMA
HAFIZUL Hawari diburu polis. FOTO BERNAMA
Nor Azizah Mokhtar

Kuala Lumpur: Polis sedang mengumpul maklumat daripada ahli keluarga dan kenalan rapat bagi mengesan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, maklumat berkenaan amat penting dalam usaha polis mengesan kedudukan dan keberadaan suspek ketika ini.

Menurutnya, setakat ini polis giat menjalankan operasi menjejak suspek termasuk mengenal pasti lokasi yang berkemungkinan menjadi lokasi lelaki berkenaan bersembunyi.

"Kita sedang kumpul maklumat yang diperlukan bagi mengesan keberadaannya. Sekecil-kecil maklumat yang diterima juga amat penting dalam mengesan suspek," katanya di sini, hari ini.

Mengenai timbul dakwaan mengatakan suspek dikenali sebagai Hafizul Hawari, 38, pada hari kejadian yang dikatakan berada di Makkah, Razarudin menafikan perkara itu.

"Suspek telah pun dikenal pasti oleh saksi utama di lokasi kejadian dan pihak polis berusaha kesan dia," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihak berkuasa mengetatkan kawalan di sempadan negara termasuk meningkatkan pemantauan di lorong-lorong tikus bagi memastikan Hafizul tidak meloloskan diri ke negara jiran.

"Kita (polis) juga mengedarkan foto suspek di semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran," katanya.

Dalam kejadian 1.20 pagi itu, suspek melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya, namun satu das tersasar dan satu das terkena pengawal peribadi wanita berkenaan.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi pasangan terbabit.

TERKINI: Hafizul dah ditahan polis

Kereta digunakan suspek kes tembak bukan didaftar atas namanya

Imigresen perketat pintu sempadan, mungkin Hafizul guna pasport palsu

Polis nafi Hafizul berada di Makkah

Polis kumpul maklumat daripada ahli keluarga, kenalan Hafizul

'Saya percaya Hafizul akan ditangkap dalam masa terdekat' - KPN

'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

[TERKINI] Suspek miliki pistol secara haram

Kes tembak KLIA: Peguam nasihat tak keluar kenyataan - Farah Cie

Polis pantau sempadan elak suspek kes tembak di KLIA lolos

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Suspek miliki 3 rekod jenayah lampau

'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 2:07 PM