MOHD Tamrin, gambar fail. FOTO NSTP
MOHD Tamrin, gambar fail. FOTO NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba bagi membantu siasatan mengenai catatan artikel di blognya, '10 tahun lagi DAP akan jadi Tuan'.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis berkemungkinan akan merekodkan kenyataan daripada Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar pada minggu hadapan.

"Beliau masih belum menetapkan tarikh untuk merakam kenyataannya, mungkin minggu depan (panggil dan rekod keterangan)," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini media melaporkan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu menerima panggilan telefon daripada pihak polis berhubung siasatan membabitkan catatan pada 4 April itu.

Beliau berkata, seorang pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memohon kerjasamanya berhubung siasatan berkaitan blog itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2024 @ 7:38 PM