HISHAMUDDIN (kanan) bersama Zaid di Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur.
HISHAMUDDIN (kanan) bersama Zaid di Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur.
Hasbi Sidek


AKTIVIS sosial Hishamuddin Rais menafikan beliau memuat naik artikel berbaur hasutan dan hinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Muhammad V di laman blognya, Rabu lalu.

Peguam yang mewakili Hishamuddin, Zaid Malek berkata, mereka sudah membuat satu laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor, petang semalam, mendakwa blognya digodam pihak tertentu sebelum menulis dan memuat naik artikel berbaur hinaan itu.

“Susulan itu, polis memanggil Hishamuddin untuk memberi keterangan. Kami hadir di Balai Polis Petaling malam ini bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan dilakukan.

“Proses mengambil keterangan mengambil masa kira-kira sejam setengah dan selesai pada 12 tengah malam,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, dalam satu kenyataan kepada media, Zaid dikatakan menemani Hishamuddin ke Balai Polis Petaling pada 10.30 malam tadi.

Hishamuddin melalui blognya www.tukartiub.blogspot.com dilaporkan melemparkan pelbagai kata-kata kesat dan tuduhan melampau terhadap YDPA.

Malah, tulisan blog itu sempat tular di laman sosial sebelum tinjauan di laman blog berkenaan mendapati kenyataan itu sudah dipadamkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Jun 2018 @ 1:00 AM