Muhammad Najmir Razaman

SELAMA hampir 25 tahun, Toyota terus berevolusi menggunakan teknologi elektrik hibrid menerusi kenderaan keluaran mereka.

Kejayaan kepada inovasi ini dapat dilihat menerusi dua model kenderaannya iaitu Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dan Toyota Innova Zenix Hybrid Electric.

Direka untuk memberi penambahbaikan kepada pengalaman pemanduan, teknologi elektrik hibrid termaju Toyota ini menjana kuasa daripada dua sumber berbeza iaitu melalui penggunaan enjin petrol dan motor elektrik.

Ini bermakna, semasa pemanduan, motor elektrik boleh memberikan tenaga kepada kenderaan tanpa mengeluarkan sebarang pencemaran melalui paip ekzos bagi memastikan pemanduan yang lancar dan efisien.

Dengan penggunaan petrol yang rendah, pengeluaran gas karbon monoksida melalui ekzos juga akan turut menurun.

Inilah sebabnya kenderaan elektrik hibrid adalah di antara kenderaan yang paling cekap tenaga di jalan raya, terutamanya di Malaysia.

Menariknya, kenderaan hibrid ini tidak memerlukan cas 'plug-in' kerana enjin akan secara automatik mengisi bateri.

Keupayaan kenderaan elektrik hibrid Toyota ini membolehkan enjin dan motor beroperasi secara bebas atau bersama-sama bergantung kepada keadaan pemanduan.

Bateri tahan lama

Bateri hibrid Toyota direka untuk memberikan keselamatan dan ketahanan, mencerminkan komitmen jenama ini terhadap kualiti kenderaan mereka. 

Dilengkapi dengan jaminan selama 8+2 tahun, bateri ini memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna.

Ketahui lebih lanjut mengenai jaminan bateri hibrid di sini.

Kos penyelenggaraan rendah

Kos penyelenggaraan kenderaan elektrik hibrid juga adalah sangat rendah, merangkumi kos bahan api dan penyelenggaraan hasil daripada penghapusan banyak bahagian dan komponen elektrik berkebolehan tinggi serta penggunaan bateri.

Penggunaan brek regeneratif juga turut mengurangkan kesan haus pada bantalan brek.

Kecekapan bahan api

Dengan dua sumber kuasa, kenderaan hibrid boleh beroperasi sepenuhnya dengan elektrik pada kelajuan rendah dan semasa berhenti atau memulakan pemanduan.

Ia sekali gus meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan membenarkan enjin beroperasi hanya pada kelajuan yang lebih tinggi.

Pengalaman pemanduan mengasyikkan

Kenderaan hibrid ini menawarkan pengalaman pemanduan yang responsif dan mengasyikkan, difasilitasi oleh ketersediaan tork segera dari motor elektrik dan kelajuan tinggi yang boleh dicapai oleh enjin petrol. 

Dua sumber tenaga ini bekerja secara serasi untuk mengoptimumkan tenaga dan prestasi pada apa-apa kelajuan.

Mulakan perjalanan untuk berubah dan pimpin jalan ke masa depan yang lebih baik dan cerah dengan siri Elektrik Hibrid Toyota.

Pandu uji Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dan Toyota Innova Zenix Hybrid Electric di bilik pameran Toyota sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 3:33 PM