Nurshafika Suhaimi

Dengan peningkatan risiko kesihatan masa kini, adalah penting untuk pastikan anda dan keluarga mempunyai akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan baik.

Terdapat pelbagai jenis Insurans dan Takaful di Malaysia yang boleh dipertimbangkan bagi mengecapi kehidupan yang lebih berkualiti serta membantu melindungi anda daripada perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka. 

Bagaimanapun, masih ramai rakyat Malaysia keliru mengenai pelan perlindungan Insurans dan Takaful yang dianggap sukar dilanggan. 

Sebenarnya, terdapat pelbagai produk Insurans dan Takaful yang mudah didapati secara dalam talian.

Antaranya adalah syarikat Etiqa yang menawarkan perlindungan yang bukan sahaja melindungi anda, malah kini ianya melindungi keluarga anda.

Image

Etiqa dengan kerjasama KWSP memperkenalkan pelan Insurans dan Takaful bertempoh dan penyakit kritikal terbaharu dibawah Etiqa Life Insurance Berhad (ELIB) dan Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB).

Menariknya, Etiqa menawarkan pelan mampu milik ini khususnya untuk membantu golongan keluarga B40 dan M40 menerusi pembayaran terus dalam talian melalui Akaun 2 KWSP anda.

Terdapat dua jenis pelan di bawah skim ini iaitu Etiqa Term Plus/Etiqa Term Takaful Plus dan Etiqa Critical Care Plus/ Etiqa Critical Care Takaful Plus.

Etiqa Term Plus / Etiqa Term Takaful Plus adalah pelan bertempoh yang memberikan perlindungan untuk anda dan keluarga yang tersayang.

Ianya menawarkan perlindungan seperti manfaat kematian, hilang upaya, pilihan perlindungan yang fleksibel sehingga RM200,000 dan banyak lagi.

Selain itu, ianya mudah dan kelulusan dijamin tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan. Paling penting sekali, pelan ini layak untuk semua ahli berumur antara 17 hingga 65 tahun dan termasuk kanak-kanak yang berumur antara 14 hari hingga 16 tahun.

Manakala, Etiqa Critical Care Plus / Etiqa Critical Care Takaful Plus pula merupakan pelan penyakit kritikal yang memberikan perlindungan untuk 42 jenis penyakit kritikal.

Pelan ini memberikan anda bayaran tambahan 50 peratus jika didiagnosis kanser.

Anda hanya perlu menjawab 4 soalan untuk melengkapkan pendaftaran anda.

Rujuk di bawah untuk melihat manfaat lain yang ditawarkan, tertakluk kepada pengecualian-pengecualian, terma dan syarat yang dinyatakan di dalam sijil:

Etiqa Term Plus / Etiqa Term Takaful Plus

  • Kelulusan dijamin
  • Lindungi keluarga anda dalam satu pelan
  • Perlindungan sehingga RM200,000
  • Tanpa kerumitan dengan pengeluaran terus dari Akaun-2 KWSP
  • Premium/Sumbangan mampu milik serta caruman dari serendah RM12 setahun
  • Perlindungan fleksibel bermula dari RM10,000 sehingga RM200,000

Etiqa Critical Care Plus / Etiqa Critical Care Takaful Plus

  • Melindungi 42 jenis penyakit kritikal
  • Lindungi keluarga anda dalam satu pelan
  • Perlindungan sehingga RM200,000
  • Tanpa kerumitan dengan pengeluaran terus dari Akaun-2 KWSP
  • Premium/Sumbangan mampu milik serta caruman dari serendah RM16 setahun
  • Tambahan 50 peratus amaun diinsuranskan/dilindungi apabila diagnosis kanser
  • Jawab empat soalan mudah untuk anda dan pasangan, tetapi tiada soalan untuk anak-anak

Sebagai sebuah syarikat Insurans dan Takaful terkemuka di Malaysia, sudah pasti Etiqa adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia melindungi diri dan keluarga.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Etiqa Critical Care Plus / Etiqa Critical Care Takaful Plus klik di sini, manakala untuk pelan Etiqa Term Plus / Etiqa Term Takaful Plus klik sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2024 @ 10:45 AM