Mohammad Asyraf Khalib

SETIAP kali menjelang hari raya, orang ramai pasti memikirkan pelbagai cara menarik untuk meraikan lebaran supaya ia berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Ada yang memilih untuk membeli pakaian baharu untuk seisi keluarga dan ada pula yang mencari hadiah istimewa sebagai kejutan buat yang tersayang.

Tahun ini, bagi mereka yang mahukan kelainan, idea untuk menjadikan satu peranti Acer sebagai hadiah di hari raya mungkin boleh mengukir sejuta senyuman.

Bermula dari aksesori sehingga ke komputer riba, Acer bersedia menyempurnakan keinginan anda dengan pelbagai pilihan produk elektronik yang canggih dan berkualiti tinggi.

Lebih jimat


Bagi mereka yang ingin mencari peranti baharu, ini adalah masa yang tepat kerana Acer menawarkan promosi hebat sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Bermula sekarang hingga 30 April ini, pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat dengan penjimatan sehingga RM1,498* apabila membeli produk Acer terpilih secara dalam talian.

Paling penting, menerusi kempen ini, pelanggan juga boleh mendapatkan servis penghantaran produk secara percuma sehingga ke depan pintu rumah. 

Jom Raya bersama Acer

Tidak cukup dengan itu, bagi menambah lebih keriangan di Aidilfitri, Acer turut menawarkan ganjaran e-dompet Touch n' Go kepada pelanggan dengan nilai keseluruhan RM148,000*. 

Pelanggan yang layak berpeluang menebus e-dompet Touch n' Go bernilai sehingga RM200 mengikut kategori dan jumlah pembelian seperti di bawah:

  • Pembelian dari RM199 sehingga RM1,999 (tebus e-dompet bernilai RM20)
  • Pembelian dari RM2,000 sehingga RM3,998 (tebus e-dompet bernilai RM80)
  • Pembelian dari RM3,999 sehingga RM5,999 (tebus e-dompet bernilai RM120)
  • Pembelian dari RM6,000 dan ke atas (tebus e-dompet bernilai RM200)

Untuk menebus e-dompet ini, pelanggan dengan kategori pembelian yang layak hanya perlu mengikuti empat langkah mudah berikut:

  1. Beli mana-mana produk Acer terpilih untuk kempen ini.
  2. Isi dan hantar borang penebusan ganjaran di sini.
  3. Jejaki status terkini borang terbabit.
  4. Jika permohonan lulus, e-dompet akan dikreditkan ke akaun Touch n' Go anda.

Kempen Jom Raya bersama Acer ini pula sah dari 1 April hingga 31 Mei 2023.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan peranti idaman pada harga terhebat dan rebut peluang mengumpul sebanyak mungkin ganjaran e-dompet Touch n' Go daripada Acer sehingga RM148,000* sekarang!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran serta promosi menarik daripada Acer sempena Ramadan dan Aidilfitri, layari pautan ini

*Tertakluk Terma & Syarat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2023 @ 3:53 PM