TUN M.
TUN M.
Rohaniza Idris


Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, bagi menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.

Jurucakap bekas Perdana Menteri itu turut berkongsi keadaan terkini Dr Mahathir yang dilihat sedang membaca akhbar dan menulis catatan.

Namun, tidak dapat dipastikan bila Dr Mahathir akan dibenarkan keluar dari hospital sehingga pihak IJN berpuas hati dengan tahap pemulihannya.

"Saya tidak boleh beritahu bila Dr Mahathir dibenarkan keluar buat masa ini kecuali IJN puas hati dengan tahap pemulihan beliau," katanya dalam kumpulan WhatsApp Media bekas Perdana Menteri itu, hari ini.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya.

Dalam perkembangan sama, perkembangan kesihatan Dr Mahathir turut dikongsikan dalam akaun X (Twitter).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2024 @ 2:26 PM