Gambar disertakan melalui perkongsian berita mengenai keadaan  Tun Dr Mahathir Mohamad. FOTO Ihsan Facebook  Tun Dr Mahathir Mohamad
Gambar disertakan melalui perkongsian berita mengenai keadaan Tun Dr Mahathir Mohamad. FOTO Ihsan Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian di Facebok rasmi Dr Mahathir.

Menerusi hantaran itu, turut disertakan dua keping gambar yang memaparkan Dr Mahathir sedang menulis dan menyemak beberapa fail di wad IJN pada Khamis.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang berusia 98 tahun itu pernah dimasukkan ke IJN pada 7 Januari tahun lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari 2022 namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Februari tahun yang sama.

Beliau sekali lagi ditahan di IJN selepas disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lalu dan dibenarkan keluar daripada institut itu pada 4 September 2022.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada IJN.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2023 @ 10:47 PM