SHAIKH Harun (tengah) disaksikan Dr Ahmad Azrin (kanan) menyampaikan bantuan kepada asnaf hari ini. FOTO Baharom Bakar
SHAIKH Harun (tengah) disaksikan Dr Ahmad Azrin (kanan) menyampaikan bantuan kepada asnaf hari ini. FOTO Baharom Bakar
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) bersetuju membantu membiayai kos pembelian dos penggalak vaksin Covid-19.

Yang Dipertuanya Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Kesihatan negeri bagi mendapatkan kos sebenar pembelian vaksin itu.

"Kita pada dasarnya bersetuju menanggung kos pembelian bagi memastikan rakyat di negeri ini mendapatkan suntikan dos tambahan," katanya kepada media selepas merasmikan program Konvoi Agihan Hak Asnaf (Kaha 2023) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shaikh Harun berkata, susulan peningkatan kes Covid-19, pihaknya menggalakkan semua jemaah memakai pelitup muka ketika berada di masjid dan surau, mengambil suntikan dos penggalak.

Bagaimanapun katanya, Maidam belum bercadang mengarahkan jawatankuasa masjid dan surau menguatkuasakan peraturan penjarakan sosial antara jemaah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2023 @ 3:46 PM