Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan RM12.5 juta untuk membantu meringankan beban golongan memerlukan bagi menyambut Ramadan.

Yang Dipertuanya Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, seramai 19,042 Ketua Isi Rumah (KIR) golongan miskin dan 2,145 fakir menerima bantuan antara RM500 hingga RM700.

"Seramai 8,901 KIR yang mempunyai tanggungan melebihi tiga orang akan menerima bantuan sebanyak RM700, manakala 10,141 KIR yang mempunyai tanggungan kurang daripada tiga orang pula menerima bantuan sebanyak RM500 seorang.

"Pembayaran bantuan kepada golongan itu akan dimasukkan terus ke akaun penerima berkuat kuasa hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pengagihan zakat Ramadan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan dan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), Nazli Amirri Ngah.

Shaikh Harun (tengah) menyampaikan bantuan zakat Ramadan kepada asnaf di Dewan Terbuka JHEAT, hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR.
Shaikh Harun (tengah) menyampaikan bantuan zakat Ramadan kepada asnaf di Dewan Terbuka JHEAT, hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR.

Sementara itu, Shaikh Harun berkata, Maidam memutuskan tiada kutipan zakat dilakukan di pasar raya dan pasar awam tahun ini.

"Kutipan zakat ditetapkan hanya dilakukan di masjid dan surau bagi mengalakkan umat Islam mengimarahkannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 2:29 PM