MESIN pembuat botol yang menjerut tangan kanan hingga paras bahu mangsa. FOTO Ihsan Bomba
MESIN pembuat botol yang menjerut tangan kanan hingga paras bahu mangsa. FOTO Ihsan Bomba
Erika George


Miri: Seorang pekerja kilang membuat botol di Desa Senadin di sini, terpaksa menahan azab setengah jam selepas tangan kanannya tersepit dan terperosok ke dalam mesin memproses botol, pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada 11.09 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba difahamkan tangan kanan lelaki warga Indonesia itu tersepit pada mesin pemprosesan botol hingga hingga ke bahagian bahu.

"Tiada kerja menyelamat dijalankan kerana rakan kerja mangsa sudah membantu mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin terbabit," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, mangsa sudah dibawa oleh pengurusan kilang ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2023 @ 7:37 PM