ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus membantu mengeluarkan tangan kiri mangsa. Gambar kanan, mangsa menanggung kesakitan.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus membantu mengeluarkan tangan kiri mangsa. Gambar kanan, mangsa menanggung kesakitan.
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Seorang lelaki hampir kehilangan tiga jari tangan kiri, apabila anggota badan itu tersepit dalam mesin pengisar daging ketika bekerja di sebuah kilang memproses makanan di Taman Teknologi Cheng, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, difahamkan mangsa dikenali sebagai M Viman, 30, berasal dari Petaling Jaya, Selangor, ditugaskan untuk mengisar daging, sebelum tangan kiri termasuk ke dalam mesin menyebabkan jarinya tersepit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II Norazmer Othman berkata, tiga jari tangan kiri lelaki itu tersepit dalam mesin pengisar dan gagal dikeluarkan.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang, susulan maklumat itu lapan anggota bomba termasuk seorang pegawai dikejarkan ke lokasi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2016 @ 5:26 AM