GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Seramai 213 mangsa banjir masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sepang dan Kuala Langat, Selangor, sehingga jam 7.30 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor, dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan jumlah itu membabitkan 55 keluarga.

Katanya, sebanyak tiga PPS dibuka bagi menempatkan 179 mangsa daripada 48 keluarga di Sepang.

"Dewan MPKK Kampung Jenderam Hilir menempatkan seramai 83 mangsa membabitkan 18 keluarga.

"Seramai 48 mangsa daripada 19 keluarga pula ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil.

"48 lagi mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Dengkil," katanya.

Menurutnya, satu lagi PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat yang menempatkan 34 mangsa daripada tujuh keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 10:23 PM