ENAM kru termasuk tekong yang ditahan
ENAM kru termasuk tekong yang ditahan
Asrol Awang

Kuantan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran di sekitar perairan Kuala Kuantan, di sini, semalam.

Pengarah APMM Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffi Jusoh berkata, bot berkenaan ditahan ketika bot ronda APMM menjalankan rondaan Op Makmur dan Op Tiris pada 1 tengah hari.

Menurutnya, ketika itu bot nelayan terbabit sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan lebih kurang 21.2 batu nautika dari Tenggara, Kuala Kuantan.

"Pemeriksaan awal mendapati enam kru termasuk tekong warga Vietnam berusia 29 hingga 53 tahun tidak mempunyai permit kerja sah selian memiliki permit yang meragukan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katamya, bot dan kru termasuk tekong ditahan lalu dibawa ke Jeti Penerpa, Kuantan bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut dianggarkan sebanyak 700 kilogram untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Oktober 2023 @ 2:14 PM