ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran hutan berhampiran Taman Vista Jaya. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran hutan berhampiran Taman Vista Jaya. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa hampir enam jam bagi mengawal kebakaran hutan seluas empat hektar di berhampiran Taman Vista Jaya di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 11.58 pagi tadi.

"Ia membabitkan kawasan yang luas sekitar empat hektar kawasan hutan bersebelahan kawasan perumahan.

"Ketika operasi memadam kebakaran, kami dibantu BBP Teluk Kemang dan Pasukan Bomba Sukarela Mambau," katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, kebakaran hutan itu dapat dikawal dan operasi tamat sepenuhnya sekitar 6 petang tadi.

"Punca kebakaran hutan itu masih belum dikenal pasti. Orang ramai diminta lebih berhati-hati jika membuat pembakaran terbuka dan segera menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat jika berlaku kebakaran seperti ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2023 @ 8:25 PM