AHLI keluarga menziarahi jenazah Hazlami di Teaching Hospital, Kathmandu. FOTO Ihsan Malawakil di Nepal
AHLI keluarga menziarahi jenazah Hazlami di Teaching Hospital, Kathmandu. FOTO Ihsan Malawakil di Nepal
Samadi Ahmad


Putrajaya: Jenazah pendaki Malaysia, Hazlami Ahmad Nizam sudah diterbangkan menggunakan helikopter oleh pihak berkuasa dari Lukla dan selamat tiba di Hospital Teaching Hospital, Kathmandu hari ini.

Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Nepal ketika dihubungi berkata, jenazah tiba kira-kira 2 petang (waktu tempatan) bagi proses pemeriksaan dan laporan polis.

Katanya, bedah siasat dijangka dijalankan esok bagi mengesan punca kematian dan prosesnya akan ditentukan oleh pihak hospital.

"Pihak Malawakil bersama empat ahli keluarga Hazlami turut hadir bagi menziarahi jenazah sejurus tiba di hospital," katanya, hari ini

Di Teaching Hospital, Kathmandu, ahli keluarga yang hadir menziarahi Hazlami, ialah isteri arwah, Nur Farhah BusyraIsmail; bapa arwah, Ahmad Nizam Damiri; kakaknya, Nur Liyana dan sepupu arawah, Muhammad Mustapa Kamarudin.

Terdahulu media melaporkan, Hazlami, 33, kakitangan syarikat Petronas Chemicals, Gebeng, Kuantan, Pahang dilaporkan meninggal dunia Khamis lalu selepas tiba di High Camp pada ketinggian 5,700 meter (dari aras laut).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2023 @ 6:59 PM