GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah ditutup sepenuhnya hari ini, menjadikan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 984 mangsa banjir (308 keluarga).

Setakat 4 petang hari ini, semua mangsa banjir itu menghuni lapan PPS di daerah Kota Setar dan Baling.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, PPS yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di Kubang Pasu selain PPS SK Bukit Hijau; PPS Maahad Tarbiyah Derang dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai di Baling.

Katanya, PPS yang aktif adalah SK Taman Aman yang menempatkan seramai 280 mangsa (96 keluarga), SMK Kepala Batas (93 mangsa, 32 keluarga), SK Seri Gunung (117 mangsa, 36 keluarga), SK Titi Gajah (15 mangsa, 11 keluarga) dan SMK Alor Merah (88 mangsa, 30 keluarga).

Menurutnya, 54 mangsa daripada 18 keluarga di Baling ditempatkan di SK Iboi, SK Kampung Keda mempunyai 76 mangsa (20 keluarga) dan Surau Annur (261 mangsa, 65 keluarga).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2023 @ 5:42 PM