Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama penulis yang dilakukan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, di sini, lewat malam tadi mendapati ada kebanyakan khemah hanya dihuni oleh seorang pemuda di setiap khemah seolah-olah sebagai syarat wakil keluarga bermalam di PPS berkenaan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Oleh Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus menurun kepada 2,338 orang daripada 756 keluarga setakat 9 pagi ini berbanding 2,847 orang semalam.

Kesemua mangsa banjir itu berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir berkenaan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) SK Gual To'Deh seramai 748 orang daripada 245 keluarga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (371 orang, 140 keluarga).

Mangsa banjir juga berlindung di SK Sri Kiambang (321 orang, 100 keluarga), Masjid Mukim Padang Licin (320 orang, 119 keluarga) dan SK Gual Periok (252 orang, 74 keluarga).

Selain itu, mereka juga ditempatkan di SMK Gual Periok (153 orang, 41 keluarga), SK Gual Tinggi (92 orang, 14 keluarga), SK Kedai Tanjong (48 orang, 13 keluarga) dan Madrasah Tasek Bakong (33 orang, 10 keluarga).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 12:23 PM