GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Norzamira Che Noh


Shah Alam: DAP sudah mendahului parti lawan bagi semua kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor setakat jam 8 malam.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong yang ditandingi Wayne Ong Chun memperoleh 31,419, diikuti DUN Bandar Baru Klang yang ditandingi Dr Quah yang memperoleh 30,812 undi.

Kerusi lain yang turut merekodkan jumlah undi tidak rasmi yang agak tinggi berbanding parti lawan termasuk mantan DUN, Ng Suee Lim serta mantan Exco Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han.

Mengikut rekod Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu, calon-calon DAP memenangi pilihan raya dengan majoriti undi melebihi 20,000.

Pada PRN kali ini, DAP bertanding di 15 kerusi manakala PKR (20), Amanah (sembilan) dan Barisan Nasional (12).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 8:12 PM